IKIAM Mengecam Dan Menentang Kenyataan Baitulmaqdis Sebagai Ibunegara Israel Oleh USA Dan Israel

Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita mendengar kenyataan President Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.  IKIAM melihat tindakan tersebut sebagai ‘menghapuskan hak umat Islam sebagai pemilik dan pentadbir Baitulmaqdis yang merupakan salah sebuah kota suci Islam. Tindakan tersebut difahamkan akan dituruti dengan pemusnahan Masjid Al-Aqsa.

Sehubungan dengan itu IKIAM mengecam dan menentang kenyataan Amerika Syarikat dan Israel itu.  Kita juga menyokong penuh usaha YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membawa mesej kecaman dan penentangan di mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

IKIAM sebagai NGO sangat berharap  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) mengecam dan meminta Israel dan Amerika Syarikat membatalkan tindakan mereka demi keamanan dunia.

IKIAM juga sedang membawa mesej kecaman dan penentangan ini kepada NGO-NGO di seluruh dunia.  Program #SelamatkanBaitulmaqdis (#SaveBaitulmaqdis) akan dipergiatkan lagi.  Namun kita maklum bahawa hanya Allah Azza Wajalla sahaja yang berkuasa menjaga Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sepertimana sejarah Allah Azza Wajalla menjaga Kaabah semasa mahu diserang oleh Abrahah.  Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan membaca surah Al-Fil dalam usaha mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

 

Sekian, terima kasih.

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)
(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)

SHARE THIS ARTICLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Scroll to Top