Doa Untuk Rohingya

Kami di Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) sangat dukacita dengan apa yang sedang berlaku dan ditanggung oleh umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar.

Maklumat dari media antarabangsa dan bloggers mempaparkan tindakan ganas terancang tentera Myanmar yang membunuh, memperkosa wanita & kanak-kanak dan membakar rumah serta perkampungan Rohingya.  Mereka sedang memusnahkan ethnik Rohingya atau #RohingyaGenocide.  Bantuan kemanusiaan disekat dari memasuki kawasan Rohingya.

Sehubungan dengan itu kami memohon keikhlasan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam setiap hari berdoa, solat hajat dan membaca surah Al-Waqi’ah di rumah atau di masjid dan surau di seluruh negara.  Mudah-mudahan melalui ikhtiar dan makbul doa, saudara-saudara kita di sana mendapat rahmat, ringan penderitaan, selamat dalam perlindungan  Allah Azza Wajalla.

IKIAM sebagai NGO juga telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) memohon United Nations menggerakkan dan menghantar ‘Tentera Pengaman Antarabangsa’ (International Peace Keeping  Team) ke Myanmar.  InsyaAllah, dalam masa terdekat IKIAM akan menggerakkan ‘Bantuan Kemanusiaan Rohingya‘ sekali lagi sepertimana tahun 2012 dahulu dengan kerjasama beberapa pihak yang prihatin.

Sekian, terima kasih.

Mohd Shamsuddin Damin
Setiausaha
Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM)

(Malaysia International Institute of Islamic Cooperation)

SHARE THIS ARTICLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Scroll to Top